Nak Kulit Cantik? Makan ni.
Cuaca dan faktor umur banyak mempengaruhi kesihatan kulit kita .Kulit yang cantik bukan sahaja bukan penampilan luaran, tetapi kulit merupakan pelindung utama yang melindungi organ-organ dalam tubuh badan kita. Pemakanan yang baik dan sihat sangat penting untuk kulit sihat dan awet muda. Saya mahu kongsikan vitamin yang menjadi pilihan ramai untuk mereka yang mahukan kulit sihat berseri, ia juga banyak membantu mereka yang mempunyai masalah jerawat dan kulit yang tidak sihat. Vitamin B complex : Kulit lebih licin dan bersinar.Ianya penting dalam kestabilan hormon kita. Kekurangan b complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Apabila kita dalam keadaan hormon yang tidak stabil jerawat akan mudah terhasil, stress akan buat kulit lebih berkedut dan nampak tua. Vitamin C : Ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen yang mengukuhkan sel kulit.Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mud...