Assalammualaikum .
- Gout merupakan satu bentuk artritis yang menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Ia disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan.
- Asid urik terhasil daripada pemecahan bahan kimia purin dalam badan. Kebiasaannya, purin hadir secara semulajadi di dalam badan, tetapi ia juga terdapat dalam sesetengah jenis makanan. Asid urik disingkirkan daripada badan melalui air kencing.
- Diet untuk pesakit gout boleh membantu menurunkan paras asid urik dalam darah. Diet tidak boleh menyembuhkan sakit gout, tetapi ia boleh menurunkan risiko serangan gout dan melambatkan kerosakan sendi.
- Pesakit gout yang mengamalkan diet bagi gout masih memerlukan ubat-ubatan untuk mengawal kesakitan dan menurunkan paras asid urik.
- Organ dalaman – elakkan pengambilan organ dalaman seperti hati, paru, perut, limpa dan lain-lain : ia mengandungi paras purin yang tinggi dan meningkatkan paras asid urik dalam darah.
- Daging merah – hadkan pengambilan daging lembu, kambing dan khinzir.
- Makanan laut – sesetengah jenis makanan laut seperti ikan bilis, kerang kerangan, sardin dan ikan tongkol mengandungi purin yang lebih tinggi berbanding yang lain. Akan tetapi, kebaikan pengambilan ikan adalah lebih banyak berbanding risiko bagi pesakit gout. Oleh itu, pengambilan ikan secara sederhana adalah disarankan.
- Sayur-sayuran tinggi purin – kajian telah menunjukkan bahawa kandungan purin dalam sayur-sayuran seperti bayam, asparagus, bunga kobis tidak meningkatkan risiko serangan gout.
- Alkohol – Bir dan likuor meningkatkan risiko penyakit gout dan serangan gout berulang. Pengambilan wain secara sederhana pula tidak meningkatkan risiko serangan gout. Elakkan alkohol semasa serangan gout berlaku, dan hadkan alkohol, terutamanya bir pada masa lainnya.
- Minuman /Makanan Tinggi Gula- Minuman/makanan yang tinggi gula wajib dielakkan untuk membantu proses kalori defisit dan penurunan berat badan. Manisan, minuman, 3in 1, aiskrim, segala makanan yang manis wajib dielakkan untuk pesakit gout. Makanan manis akan menyebabkan serangan gout menjadi lebih kerap. Ini disebabkan fruktosa mengalami proses metabolisme yang menghasilkan ATP (adenosin trifosfat), iaitu molekul yang merupakan sumber utama energi dalam sel. ATP pula akan menjadi AMP (adenosin monofosfat). Kompoun AMP ini lah yang akan menjadi Asid Urik.
- Kalori Defisit – berlebihan berat badan meningkatkan risiko untuk menghidap gout. Kajian mencadangkan penurunan kalori dan berat badan boleh menurunkan paras asid urik dan mengurangkan serangan gout. Penurunan berat badan juga akan mengurangkan tekanan terhadap sendi-sendi.
- Karbohidrat kompleks – makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta bijirin penuh yang membekalkan karbohidrat kompleks. Elakkan makanan dan minuman yang ada kandungan sirap jagung tinggi-fruktosa (high-fructose corn syrup), serta hadkan meminum jus buah-buahan yang semulajadi manis. Metabolism fruktosa dalam badan akan menghasilkan asid urik seterusnya meningkatkan parasnya dalam darah.
- Minuman – kekalkan hidrasi dengan meminum banyak air kosong.
- Lemak – Amalkan lemak baik seperti avocado, minyak ikan yang kaya dengan Omega 3. Omega 3 membantu mengurangkan keradangan di bahagian sendi. Elakkan pengambilan lemak tepu daripada daging, daging terproses, lemak ayam/itik dan produk tenusu tinggi-lemak.
- Protein – pilih bahagian daging/ayam tanpa lemak, produk tenusu rendah lemak dan kekacang sebagai sumber protein.
Berikut adalah beberapa suplemen Shaklee yang dicadangkan untuk mengurangi risiko serangan gout. SET GOUT SHAKLEE terdiri daripada:
1. Omega Guard: Suplemen ini mengandung minyak ikan semulajadi yang kaya dengan Omega-3, seperti EPA dan DHA Asid lemak omega-3 memiliki sifat antiinflamasi dan dapat membantu mengurangi keradangan dalam tubuh terutama sekali dibahagian sendi.
2. Vivix: Vivix adalah suplemen antioksidan yang mengandung campuran ekstrak anggur, ekstrak Polygonum cuspidatum, vitamin C, dan E. Antioksidan dapat membantu melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan oksidatif dan mengurangi peradangan.
3. B-Complex: Suplemen vitamin B kompleks Shaklee dapat memberikan dukungan nutrisi penting, termasuk vitamin B6, B12, dan asam folat. Vitamin B6 dan B12 dapat membantu menjaga kesehatan saraf dan sistem kardiovaskular.
4.Vitamin C: Vitamin C merupakan antioksidan yang kuat dan dapat membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Beberapa penelitian menunjukkan bahwa vitamin C dapat membantu mengurangi kadar asam urat dalam tubuh.
5.Alfalfa Complex:Detoks semulajadi bertugas menyingkirkan toksik dari badan. Pengamal Alfalfa perlu mengambil air yang banyak (sebaik-baiknya 3-4Liter sehari) untuk membantu melancarkan proses detoks. Serat sangat penting untuk menyerap asid urik untuk dibawa keluar daripada badan.
Dapatkan Set Gout Shaklee untuk ikhtiar mengurangkan serangan gout. |